Jumaat, 30 Julai 2010

Program Motivasi Menuju Puncak





Program ini dijalankan pada 30 - 31 Julai 2010 kepada 54 orang murid-murid Elit UPSR 2010 SK Undang Rembau. Ia dijalankan di PD Santuary Resort. Ia dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling di bawah pimpinan En Asnizar b Abu Samah dengan kerjasama guru-guru Tahun 6 dan beberapa orang guru lain. Adalah diharapkan program ini akan dapat menaikkan semangat murid-murid agar dapat meraih kejayaan yang CEMERLANG (5A) dalam UPSR kelak.

Panitia Sains telah memulakan slot yang pertama pada jam 10.30 - 12.00 tengahari. Fasilitator yang menjayakannya ialah Pn Suzanah bt Sidek dan Pn Ruzila bt Md Hashim dengan dibantu oleh Cik Ezuren, En Wafi, En Asnizar dan En MJ Hirul. Murid-murid telah menjalankan 2 aktiviti 'Terokai Sains'; Telur Perak dan Membina Bangunan Impian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan