Rabu, 22 Jun 2011

PGSR BM IPGM Kampus Raja Melewar Ambilan Nov 2008












1.Semasa Program BIG 2 di Tg Tuan, Port Dickson
2.Persembahan dari Unit Kami sempena BIG 2
3.Menyambut Hari Lahir pensyarah sains kami, Pn Hjh Rugayah bt Tambi.

Khamis, 19 Mei 2011

Latihan Mengusikan Bangunan SKUR 2011


















Nama Program : Latihan Mengusikan Bangunan Semasa Kebakaran

Objektif :
1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran .
2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran

Tarikh : 30 MAC 2011
Masa : 9.00 pagi
Sasaran : Semua warga SKUR

Guru Terlibat :
Pn Suzanah bt Sidek
Pn Rukiah bt Jusoh
Pn Azlina bt Yahya
Semua guru

Proses Kerja:
9.00 pagi - loceng kecemasan dibunyikan
Murid turun ke tapak perhimpunan mengikut pelan laluan yang telah diedarkan
Guru kelas menyemak nama murid mengikut jadual kedatangan

9.15 pagi - taklimat oleh GPK HEM / Penyelaras Program
9.30 pagi - murid masuk ke kelas semula.

Perbelanjaan : tiada

Kekangan :
1. Terdapat 2 tandas murid – lelaki dan perempuan di blok
bilik guru tidak di tutup lampunya.
2. Terdapat guru dan murid daripada kelas PPKI tidak dapat sampai di tapak perhimpunan sebelum 4 minit.

Komen Penyelaras Program :
Program yang telah dirancang telah berjalan lancar dengan kerjasama semua warga SK Undang Rembau. Tempoh masa yang diambil untuk berkumpul di padang adalah kurang dari 4 minit adalah sama dengan tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jumaat, 30 Julai 2010

Program Motivasi Menuju Puncak





Program ini dijalankan pada 30 - 31 Julai 2010 kepada 54 orang murid-murid Elit UPSR 2010 SK Undang Rembau. Ia dijalankan di PD Santuary Resort. Ia dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling di bawah pimpinan En Asnizar b Abu Samah dengan kerjasama guru-guru Tahun 6 dan beberapa orang guru lain. Adalah diharapkan program ini akan dapat menaikkan semangat murid-murid agar dapat meraih kejayaan yang CEMERLANG (5A) dalam UPSR kelak.

Panitia Sains telah memulakan slot yang pertama pada jam 10.30 - 12.00 tengahari. Fasilitator yang menjayakannya ialah Pn Suzanah bt Sidek dan Pn Ruzila bt Md Hashim dengan dibantu oleh Cik Ezuren, En Wafi, En Asnizar dan En MJ Hirul. Murid-murid telah menjalankan 2 aktiviti 'Terokai Sains'; Telur Perak dan Membina Bangunan Impian.




Selasa, 13 Julai 2010

Si Cilik Sayang






Izzah Noor Balqis Zawawi,

Berumur 2 tahun.

Tingkah lakunya menjadi penghibur seisi keluarga.

Khamis, 17 Jun 2010

Tugasan Karangan


Bina sebuah karangan autografi yang bertajuk 'Aku Sebuah Basikal'. Panjang karangan tidak kurang 80 patah perkataan. Sila hantar kepada saya selewat-lewatnya 30 Jun 2010 di bilik guru.

Rabu, 16 Jun 2010

Tugasan Masa Cuti

Kepada murid Tahun 6,

Sila buat satu karangan berdasarkan video yang ditonton. Panjang karangan anda adalah antara 80 hingga 150 patah perkataan.